Listen for it

Monday 26 July 2010

fyp oh fyp~~

salam 1 Malaysia..

wah.. sgt lama rasanya x buka blog ni.. last bulan ni..
of course xde crite yg aku rasa nk share.. tp terbaca blog seseorang wat aku rindu kat blog aku..

Tahun ni aku masuk tahun 4.. dalam erti kata laen da senior.. tapi nampak senior ke.. nilai la sendiri..
sangat pening dengan fyp.. da mcm2 lecturer aku jmpe dan lastly aku wat keputusan nak wat fyp ngn mr.charan..
aku amek tajuk tentang thermal cycle chamber.. hurm.. tapi sampai sekarang masih pening, test ape yang aku patut buat ni..

mcm2 perasaan ada.. aku cme ade masa setahun.. cukup ke? nampak mcm panjang, tapi kalau buat lambat2, mmg x cukup masa jugak..

target aku nk fokus kat fyp.. tapi biasala.. penyakit M tu ada.. MALAS.. ntah bila nak jadi rajin..so, b4 i end my speech, speech ke.. just nk kongsi 1 quote yg mungkin ramai da tau.. must study smart and hard..

Tuesday 11 May 2010

resepi kek gula hangus

bahan2:

6 biji telur
2 sudu makan mentega
1/2 tin susu cair
2 cawan gula pasir
2 cwn air
2 cwn tepung gandum
2 camca bikabornat soda

cara:
1.telur dipukul asing. mentega n susu d kacau bersama.
2. Hanguskan gula dan tambah 2 cawan air.
3. campurkan suma bahan. kacau sebati.
4. masukkan tepung dan bakar.

Saturday 8 May 2010

resepi kek cawan


bahan:

200gm tepung naik sendiri
140gm butter
120gm gula
8 sudu susu sgar
2 biji telur
3 titik aisin vanilla

cara menyediakannya:

1. pukul butter n gula
2.masukkan telur n aisin vanilla dan pukul
3. masukkan susu segar n pukul
4. masukkan tepung dan gaul rata
5. Tuang adunan ke dalam cup lebih kurang 1/2 cup
6.bakar pada suhu 200g, api atas bawah selama 20 minit

** kalau nak letak isi kat dalam, letakkan adunan pastu letak isi, pastu letak lagi sikit adunan.

selamat mencuba..

Tuesday 4 May 2010

pemergiannya menyakitkan

Setiap yang hidup pasti menghadapi mati.. Segala amalan di dunia, akan di hitung di akhirat.. Pemergian orang yang kita sayang, pastinya menyakitkan.. itu yang di alami seorang akak ni.. suaminya meninggal semalam, kemalangan.. perkahwinan yang baru berusia 4 bulan tu, berakhir ngan kematian suaminya.. berita tersebut memeranjatkan semua keluarga terdekat. Ketika orang ramai menziarahi, air mata xde lagi kat mata akak tu. Cuma die duduk lesu. Masa di buka kain yang menutupi jenazah, akak tu x mampu berjalan. die cuma mengesot sedikit demi sedikit sehingga tiba di jenazah tersebut. Sampai je kat situ, di usap-usap dagu jenazah suaminya, di cium pipi kanan dan kiri serta dahi.. setitis air mata pun yang jatuh. Die cuma nampak lemah. Dapat di rasakan kesakitan yang di tanggung. Sesungguhnya, die terlalu sayang pada arwah suami nya. Die tahu x baik merapati kematian. orang2 yang datang menangis tengok akak tu. setiap kali org datang n cuba memberi sokongan, hanya ayat ni je die cakap, "doakan saya kuat"... Die tabah sangat.. Ya Allah, berikan dia ketabahan.. Dan semoga Roh suaminya di berkati.. Al-Fatihah...

Wednesday 28 April 2010

Buat pemegang akaun Maybank

All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin

3.. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan..Sila maklum kepada semua kenalan


Sila terus ke kaunter..

Tuesday 27 April 2010

Dilema cinta

Renungkan..


Adik cuma nak tanya ibu mengapa jadi begini cinta Februari..

Bu, adik Cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang
JENAZAH ibunya......
Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SIAPA LA KITA

Buat peringatan diri sendiri dan orang lain..

Sunday 25 April 2010

resepi kek kukus coklat

Resepi khas buat HIDIR ABDULLAH n IZYANI COLEP (nama dlm fb) :) .. semoga berjaya buat skali lagi.. gambar x snap, sbb kek nya da abes.. so, next time k..

Bahan2 kek:

250g mentega
2 cawan tepung naik sendiri (suggestion: tepung berserbuk penaik blue key)
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cawan koko
6 biji telur
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil aisin vanilla

Bahan2 untuk toping:
1/2 cawan koko
1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak

Cara2:
Pukul mentega n gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur n pukul hingga kembang. MAsukkan telur n pukul lagi.. Pastu masukkan bahan2 lain dan gaul sebati.. tuang dalam acuan dan kukus..

Untuk toping, masak sekali sume atas dapur..

Saturday 24 April 2010

berikan pelajaran pada anak-anak

Wahhh.. sejak bila aku jadi ibu @ penjaga kepada anak-anak ni. bukan apa, smlm masa aku makan kat 1 warung kat batu pahat, ada sorang budak lelaki yang umurnya dalam lingkungan 9-10 tahun la dlm jangkaan aku.. pakaiannya biasa.. berseluar pendek paras lutut, berbaju t-shirt berkolar.. die datang kat sebelah aku, tapi aku x dgr apa yang dia cakap.. cuma aku nampak kat tangan dia ada 1 bakul kuih.. aku yang x faham apa yang dia cuba sampaikan, cuma terpinga-pinga.. lepas tu, die ke meja org laen, ow.. baru aku tau, die nk jual kuih.. apa la pekak sgt aku ni.. aku perhatikan dia, dr 1 meja ke 1 meja.. dia mcm org susah... aku tgk budak llki tu kesian sgt.. aku terdengar soalan dr sorang makcik tu.. lebih kurang mcm ni dialognye..

makcik: adik ni sekolah x?
budak: x..
makcik: abes tu, buat ape sllu?
budak: tolong mak jual kuih
makcik: dr pagi?
budak: haah.. sampai malam mcm ni..
makcik: datang naek ape ni?
budak: abang hantar.. abang ada kat sana tu..
makcik: nape x sekolah?
budak: x cukup duit nak sekolah..

fikirkan nasib budak tu nanti.. pekerjaan memang boleh dapat, yang penting org tu rajin.. tapi, pelajaran lbih menjamin.. mungkin aku x berada di tempat keluarga tu, jd aku x merasa.. tp pd pndgn aku, budak tu ttp perlu di sekolahkan.. bantuan untuk pelajar susah sekarang amat banyak.. org keliling, ketua kampung dan pihak2 berwajib boleh membantu..

Thursday 22 April 2010

respi kuih cara berlauk..

Aku tiba2 rasa lapar yang amat sgt sbb ade la member aku sorg tu sibuk nak makan kek coklat yang ada pisang la, strawberry la.. tp die membuatkan aku trase nk wat kek.. haisyh.. da lama gak x wat kek coklat sejak mesin pemutar aku tu rosak.. sekarang da ok.. so, jom mulakan operasi.. so, kat sini nak share la resepi kuih cara berlauk, bkn kek coklat ye..

Bahan2 (A):

300g tepung gandum
1L air + santan
1 camca majerin
1 camca tepung beras
garam secukup rasa
1 biji telur

Bahan untuk lauk(B):

Daging kisar
rempah kari
garam
gula

Campurkan semua bahan A dan kisar bagi dapatkan hasil yang lebih halus..

- Adunan bahan A yang telah di kisar -

untuk bahan b, masak daging kisar tanpa minyak hingga kering, kemudian masukkan rempah kari, gula, n garam. kalau nk pedas, letak rempah kari lbih sikit.. ikt tekak sendri je..

Panaskan acuan di atas api, sapukan minyak supaya tidak melekat. tuang bahan A ke dalam acuan.. bila da sparuh masak taburkan bahan B, boleh jugak letak hirisan lada, daun sup daun bawang serta bawang goreng utk rasa yg lbih sedap..
- hirisan daup sup dan daun bawang, bawang goreng dan bahan B-
- acuan kuih cara berlauk, nenek aku nye aku rembat, hehe.. -

utk menambah perasa, masukkan air daun pandan ke dalam bahan A..
yang ni aku ltak gula je, jadilah kuih cara manis, kalau nak cantik lagi, ltak pewarna atau ape2 perisa..


-si kecil ku yang sgt comel sdg mkn-

Tuesday 20 April 2010

tolong jangan mati depan motor aku..

tolongggggggggg la jgn...


hari ni, lepas aku balik keje lbih kurang kul 6.. masa tgh syok bwk moto dengan kelajuan yg x la berapa laju..lbih kurang 60-70 je.. ade org melintas ke seberang jalan, depan mata aku n depan moto aku.. aku da nampak die nak melintas, motor aku da dekat.. x kan la die x nampak.. aku x kisah la kalau die lintas dengan kelajuan yang semaksima.. tapi die melintas dengan amat romantik.. aduh...



aku yang x pandai nak jerit suh ketepi n x menekan hon..apa la sengal aku ni..terus brek secara mengejut walau xde la terkejut sgt pn.. tp mcm di sergah gak la..


- mcm ni melampau sgt la kan.. -

org yang melintas tu bila nampak motor aku sgt hampir, die pn berhenti melintas..
bkn nak lari... tp bila fikir balik, itu memang reaksi spontan.. sbb tu bila tgk drama, kereta dah dekat bkn nk lari, tp berhenti, maka tamat la riwayat di hadapan kereta tersebut.. mmg cerita n kisah betul.. reaksi yang kita x jangka..
tapi impuls tersebut di hantar ke otak dan reaksi tersebut adalah hasilnya..

jadi, supaya tidak terjadi kejadian seperti itu, ade la tips sikit untuk lintas jalan..



Pandang kanan...
Pandang kiri...
Kanan... Kiri....

Toleh kanan...
Toleh kiri...
Kanan... Kiri...

Tengok kanan...
Tengok kiri...
Kanan... Kiri...

Lihat kanan...
Lihat kiri...
Kanan... Kiri...

Perhati kanan...
Perhati kiri...
Kanan... Kiri...

Kepada pemandu dan penunggang, jaga jarak dan kelajuan anda...


Perempuan jadi wali..

Akhbar hari ni:

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengemukakan permohonan memfarakkan pernikahannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membuat kejutan apabila mengaku perkahwinannya diwalikan kakak kandungnya yang menyamar sebagai ‘abang’.

Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
“Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan oleh kakak sulung saya itu. Perkahwinan kali kedua dengan suami sekarang pada 17 April 2004.
“Semua kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan oleh seorang jurunikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, tetapi saya tidak ingat namanya,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.

Nurul Farhana berkata, beliau sebelum ini tidak memaklumkan status wali kepada suaminya, Ahmad Salim Moideen, 30, kerana diugut akan dibuang keluarga jika mendedahkan perkara itu.

Katanya, kakaknya kini menghilangkan diri selepas Ahmad Salim mengetahui perkara sebenar.

Sementara itu, Ahmad Salim dalam keterangannya, berkata penampilan dan suara kakak iparnya, Nawi a/k Ilai yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu, memang seperti lelaki.
“Sebenarnya pada hari pernikahan, saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalannya tetapi jurunikah ketika itu meneruskan saja pernikahan.

“Jika saya tahu dia seorang wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu,” katanya yang hanya mengetahui status kakak iparnya pada 2008.

Mohd Yunus dalam keputusannya memerintahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta pasangan itu mencari imam masjid yang menikahkan mereka bagi memberi keterangan.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan kes itu.

Sumber: Berita Harian

nak kata pelik, x juga.. tapi agak pelik.. Mungkin pengantin tersebut2 benar-benar x tahu hukum.. tapi yang peliknya kenapa perlu menyamar jadi lelaki kalau x tahu hukum.. hurm.. dulu dengan kes jadi Imam, kini jadi wali.. Bersyukur la anda seorang perempuan.. Di jadikan istimewa dari tulang rusuk seorang lelaki.. kerap kali dilindungi..

Adakah anda ingin seperti ini?



nak kawen, jadi panggil perempuan jadi wali ye... Lelaki tu pemimpin, jadi mereka akan jadi wali..

-aku mahu kawen juga, hahaha- xmo pmpuan jadi wali..

Monday 19 April 2010

ஜனகன் காகப் பெலகங்..

berjumpa lagi.. yeah..

nape tajuk aku kuar bahasa tamil.. aku pn x fhm.. tajuk sbnrnye adalah " Jangan cakap belakang.."
nape tiba2 nak tulis pasal ni kan.. sbb... ni la yang aku tempuhi hampir setiap hari..penat dengan kerenah di Lab.. wht am I doing.. diam je la kan.. malas nak campur.. ape pun dieorg ckp, mataku ttp tertancap kat TV yang ada siaran national geographic.. sbb itu lebih menarik minat..
Kebanyakan org berpandangan, perempuan mmg suka MENGUMPAT.. haha.. tp zmn sekarang, lelaki pn sama.. join sekaki.. so nk share pndgn je..


- apa pasal gambar lelaki??? sebab ni yang paling menarik -

Akibat2 bercakap belakang:

1. Masalah x kan selesai
2. Memburukkan keadaan.. kalau x puas hati cakap depan.. face to face..
3. Menyebabkan orang lain terlibat sama dlm mslh korg.. yela, org tu x tau ape2.. mcm lalang plak.. korang gaduh ngn si A, si B yang dengar pn sama2 gaduh.. x ke pelik si A ni nape si B x tegur die pdhl no prob between them.. x baik tau..
4. tompok2 hitam dalam hati bertambah
5. alamak, dapat dosa la...

saja memeringatkan diri sendiri jugak.. Manusia yang x lepas dari kesilapan..

Sunday 18 April 2010

resepi donut lembut..

hari ni dapat gak akhirnya aku wat donut mcm kat kafe company aku... lembut, gebu dan sedap.. yeke? haha.. ntah la.. tp semua suka.. aku da tau rhsia nya.. so, nk kongsi rahsianya sama2...

bahan2:

tepung naik sendiri
susu segar
mauripan
sedikit garam
gula
mentega

cara buat:

first, gaul mauripan ngn air suam sedikit.. wat sampai x bergentel.. pastu ketepikan..
lepas tu, satukan tepung, susu segar, mentega n garam.. agak2 sukatannya.. sukatan yang tepat, nnti kemudian ea.. hehe..
then, masukkan mauripan tadi dan uli sampai doh jadi lembut.. pastu, bentukkan n biar dalam setengah jam.. donut anda akan naik gebu... n sedia untuk di goreng..

antre gambar2 penyediaan:



- doh yang dah naik dan sedia untuk di goreng-


- sedang di goreng -


-siap suda~~ tu tgn wani, :P -

rokok membahayakan kesihatan..


Kalau sebut pasal rokok, kebanyakan org pasti terfikir, rokok familiar bg lelaki..
mengapa nak isap rokok? ade yg kate nampak macho.. ade yang kate, release tension.. mcm2 reason bg setiap org.. tapi dunia sekarang ni, perempuan pun ada yang merokok..
Persoalannya, mengapa? kerajaan tampal gambar keburukan2 merokok, tapi perokok still beli.. bak kata org, da x syg nyawa agaknya.. bila di katakan begitu, mereka pandai menjawab, ajal maut di tgn Allah.. kalau x merokok, nak mati, mati jgk kan.. hurm.. mcm2...

so, kat sini ada la keburukan2 merokok utk tatapan sume..

kesan jangka pendek:

Otak: Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga: Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata: Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut: Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
Gigi menjadi kuning

Hidung: Mengurangkan deria bau

Kulit: Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru: Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Kesan jangka panjang:

* Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk

salam~~

salam pertemuan..

skali lg aku wat blog.. ntah rajin ntah kan x.. tapi xpe, juz for sharing coz sharing is caring... for my first post, nk post lagu yang aku suka la..



STANDING IN THE EYES OF THE WORLD....


Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...