Monday, 19 August 2013

Persediaan Pertunangan

Post yang lepas ada janji nak bagitau tentang preparation before E-day kan..

Sebenarnya x banyak mana pun preparation yang di buat.. Sebab semua pun pakai guna apa yang ada..

Encik tunang datang jumpa mak abah bagitau nak masuk meminang. Perasaan?? Terkejut la kot.. aku ingat nak datang saje je.. sekali, ha.. amek kau.. Happy giler.. rasa nak lompat-lompat je bila mak telefon bagitau..

Walau kami kawan xde la sampai 5 tahun macam orang lain, tapi aku sangat mengharapkan ini.. :)

Thanx a lot encik tunang.. Gentleman sangat kan.. Opsss.. Back to the main topic.

Apa yang aku prepare?

1: Baju untuk pakai masa tunang - Rembat Jubah putih yang nampak suci tulus murni kat kampung.
kos: RM0

2: Tudung - Beli kat bazar muar je, Tudung putih saiz L.
kos: RM15

3: Veil - Makcik Buatkan (Boleh guna masa nikah juga nanti)
kos: RM50

4: Barang2 hantaran:
a) Sejadah
b) Kain Pelikat
c) Kurta
d) Kek - makcik sponsor
e) sirih junjung
f) coklat
g) cup cake - makcik buat jugak
h) buah-buahan
i) songkok
j) tafsir Al-Quran
k) kerepek

5: Juru solek: Kawan kesayangan saya: Siti Haslinda dan rafidah Rasid.. :)

Semua gubahan hasil tangan mak dan makcik-makcik yang aku sayang sangat. jadi, kat situ dah jimat kos.
Jamuan kecil untuk pihak lelaki, di sediakan oleh chef terkemuka, mak saya.. :)

Segala dulang-dulang hantaran pun x beli, Alhamdulillah ramai yang menyumbang barang-barang boleh guna semula.

P.s: Ramai kata pening nak tunang, nak guna duit banyak. Sebenarnya terpulang pada individu, kita mengikut keperluan atau kehendak.

Engagement

Assalamualaikum..

Lama betul x update blog ni..

Banyak Benda yang nak di kongsi, tapi tunggu masa yang sesuai je..

Alhamdulillah, aku dah selamat bertunang 8/12/2012.

Diam-diam je kan.. :D Kawan-kawan pun bising.. Tapi nak wat macam mana.. Belum sampai masa nk bagitau..


Majlis yang ringkas, x pakai budget banyak, cukup sekadar ada..

Sedikit gambar-gambar di bawah.. Persediaan Tunang?? Next Post la ye.. :)



Ni Hantaran Pihak perempuan untuk pihak lelaki..






Ni pula, hantaran dari pihak lelaki..




Abes je majlis pertunangan, aku pecut pergi kenduri kahwin member..hehe.. Lepas balik tu, aku terus pengsan demam panas.. haha.. dah kenapa kan.. terkejut bertukar status.. (bak kata kawan aku, menggeletis giler ayat).. Peduli hape..
Yang kanan tu, kawan baek aku yang datang majlis aku..(Linda) .. Merangkap juru makeup aku..