Listen for it

Monday 21 October 2013

Insidious Chapter 1

Kat wayang sekarang ni tengah sibuk cerita insidious. Rupanya dah chapter 2.tak pernah plak aku tahu ada cerita insidious ni.

Jadi, sibuklah masing-masing mencari insidious chapter 1 ni. Nasib baik ade sorang member ni ada filem ni.

maka sabtu hari tu, aku pun tengok lah cerita insidious chapter 1 ni. Pada aku cerita ni x seram sangat, tapi masih mampu nak buat orang tak tidur malam. Jalan cerita dia pun menarik. Mula-mula tu agak perlahan, lebih kurang macam cerita conjuring. Tapi dah tengah-tengah tu dah ok.

Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah ke rumah baru.


Sepasang suamin isteri dan 3 orang anak. 2 lelaki dan seorang perempuan.

Suatu hari, anak lelaki dia yang dalam gambar kat atas ni terjatuh. Keesokkan paginya, masa ayah dia kejut untuk makan, dia x sedarkan diri. Jadi mereka syak ada sesuatu yang x kena. Tapi doktor x dapat sahkan kenapa anak dia x sedarkan diri. Dan dari situlah bermulanya jalan cerita yang menarik.




Sunday 20 October 2013

Grill kawasan putra perdana

Assalamualaikum.. Tinggal sebulan je lagi nak bertukar gelaran dari cik Syamimi ke Puan Syamimi..

Jadi, tinggal sebulan lagi, jadi aku dan En Amin sibuklah memikirkan persediaan rumah untuk kami duduk lepas nikah nanti.
Rumah dah ada.. Kami beli rumah kat taman putra perdana. Wahhhh.. kaya nya lah dah beli rumah.. ramai member cakap macam tu.. tapi kami dah kira-kira, harga sewa rumah tiap-tiap bulan sama macam kami bayar installment pada bank. Jadi daripada bayar rumah orang lain, jadi kami buat keputusan untuk membeli.. Rumah ni, rumah baru. Jadi grill, lampu, kipas semuanya tak ada.. tapi kami dah settlekan yang tu..

Sebenarnya dah sebulan cari-cari kedai grill ni. Selepas dapatkan nasihat dari kawan aku en Hidthir Abdullah yang dah memang duduk kawasan tu kesekian lamanya, maka kami survey beberapa kedai.

Tapi dalam semua kedai-kedai yang kami pergi, ada 1 kedai ni harga paling murah dan dia dah biasa buat grill kawasan putra perdana ni. kami panggil kedai ni kedai angah.


Kredit Gambar kepada my journey blog. Aku lupa nak tangkap gambar.

Layanan dari angah ni sangat lah baik. Dia bagi info-info yang sangat berguna untuk orang yang pertama kali buat perkhidmatan ni.

Kalau ada yang berminat nak buat grill kawasan putra perdana, boleh lah call nombor ni: Angah Grill: 013-2058857.
Kalau nak pergi kedai dia, kedai dia dekat deretan kedai pasaraya CS, kat kawasan pasar malam dan bazar ramadhan putra perdana.




Monday 19 August 2013

Persediaan Pertunangan

Post yang lepas ada janji nak bagitau tentang preparation before E-day kan..

Sebenarnya x banyak mana pun preparation yang di buat.. Sebab semua pun pakai guna apa yang ada..

Encik tunang datang jumpa mak abah bagitau nak masuk meminang. Perasaan?? Terkejut la kot.. aku ingat nak datang saje je.. sekali, ha.. amek kau.. Happy giler.. rasa nak lompat-lompat je bila mak telefon bagitau..

Walau kami kawan xde la sampai 5 tahun macam orang lain, tapi aku sangat mengharapkan ini.. :)

Thanx a lot encik tunang.. Gentleman sangat kan.. Opsss.. Back to the main topic.

Apa yang aku prepare?

1: Baju untuk pakai masa tunang - Rembat Jubah putih yang nampak suci tulus murni kat kampung.
kos: RM0

2: Tudung - Beli kat bazar muar je, Tudung putih saiz L.
kos: RM15

3: Veil - Makcik Buatkan (Boleh guna masa nikah juga nanti)
kos: RM50

4: Barang2 hantaran:
a) Sejadah
b) Kain Pelikat
c) Kurta
d) Kek - makcik sponsor
e) sirih junjung
f) coklat
g) cup cake - makcik buat jugak
h) buah-buahan
i) songkok
j) tafsir Al-Quran
k) kerepek

5: Juru solek: Kawan kesayangan saya: Siti Haslinda dan rafidah Rasid.. :)

Semua gubahan hasil tangan mak dan makcik-makcik yang aku sayang sangat. jadi, kat situ dah jimat kos.
Jamuan kecil untuk pihak lelaki, di sediakan oleh chef terkemuka, mak saya.. :)

Segala dulang-dulang hantaran pun x beli, Alhamdulillah ramai yang menyumbang barang-barang boleh guna semula.

P.s: Ramai kata pening nak tunang, nak guna duit banyak. Sebenarnya terpulang pada individu, kita mengikut keperluan atau kehendak.

Engagement

Assalamualaikum..

Lama betul x update blog ni..

Banyak Benda yang nak di kongsi, tapi tunggu masa yang sesuai je..

Alhamdulillah, aku dah selamat bertunang 8/12/2012.

Diam-diam je kan.. :D Kawan-kawan pun bising.. Tapi nak wat macam mana.. Belum sampai masa nk bagitau..


Majlis yang ringkas, x pakai budget banyak, cukup sekadar ada..

Sedikit gambar-gambar di bawah.. Persediaan Tunang?? Next Post la ye.. :)



Ni Hantaran Pihak perempuan untuk pihak lelaki..






Ni pula, hantaran dari pihak lelaki..




Abes je majlis pertunangan, aku pecut pergi kenduri kahwin member..hehe.. Lepas balik tu, aku terus pengsan demam panas.. haha.. dah kenapa kan.. terkejut bertukar status.. (bak kata kawan aku, menggeletis giler ayat).. Peduli hape..
Yang kanan tu, kawan baek aku yang datang majlis aku..(Linda) .. Merangkap juru makeup aku..




Wednesday 20 March 2013

Perencah Soto

HAI HAI HAI.... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. PES SOTO SEGERA COMING... :) HANYA RM8 sebungkus..

Kalau buat sebungkus ni, boleh makan sampai 10-12 orang.. Di Jamin Halal..
Untuk Area Lembah Klang, boleh contact directly untuk ambil terus dari saya di sungai besi atau bukit jalil.. Pengeposan juga di lakukan..
Harga Pos :
1 - 2 bungkus : RM 6
3 - 5 bungkus : RM 9..
ETC....
NOTE: berat sebungkus +- 150gram..
CARA MASAK:
Masukkan air, pes soto segera, biarkan didih.. n then, boleh masukkan ayam serai dan halia..
:) Resepi juga ada di belakang bungkusan..

Berminat: boleh contact saya: 0135935524 (mimi)

Wednesday 27 February 2013

Perencah Mee Bandung Maharani - dari Muar

Salam.. Nampak gaya macam setahun sekali je update blog ni.. :D Ok la, straight to the point.. Sekarang ni, saya start kecil-kecilan business perencah mee bandung maharani..
1 bungkus RM 10 sahaja.. harga mengikut harga pasaran.. tiada caj tersembunyi.. :)


Tukang jual.. Rasa Mee Bandung yang saya boleh jamin sedap dan lazat.. Yang kat muar, saya recommend korang p beli kat pasar ke, kedai2 runcit ke.. ade banyak.. xpun, col mak saya.. Yang saya jual ni, perencah Mee Bandung Maharani.. Kenapa saya pilih untuk perencah ni.. sebab saya paling suka rasa dia.. jadi saya nak share la ngan orang laen.. Ok, macam mana nak order..

1) Korang decide berapa banyak korang nak

2) Bagitau saya.. (bilangan)

Method: a) Facebook : https://www.facebook.com/syamimimokhtar
b) twitter : https://twitter.com/syamimimokhtar
c) Skype : gonchan_gurlz
atau yang paling saya prefer, direct ke phone aku.
d) number fon : 0135935524 (tapi kalau korang saje nak msg maen2,duk hai2, jangan risau, saya akan balas dengan pertanyaan "nak mee bandung ke?" :P , sebab da terkena, sabar jela.. hehe.. member2 lama dibenarkan)

3) Cara nak bayar : a) online banking,transfer - maybank @ rhb
b) direct - bagi yang ambil terus dari saya

4) Cara nak ambil hak anda :)
Method: a) ambil direct dari saya . (boleh jumpa kat area tbs, salak selatan, bukit jalil, sri petaling, jalan kuchai lama, bandar tasik selan,sungai besi)
b) pos : sekarang ni kalau sekitar semenanjung, saya akan gunakan pos laju. kalau 1 paket, caj pos, RM6.

kalau 2 paket, caj pos, RM9

kalau 3 or 4 paket, caj pos, RM13
Harga laen, boleh refer kat page pos laju ni.. POS LAJU
NOTE: SETIAP PAKEJ MEMPUNYAI BERAT +-400g..