Listen for it

Wednesday 8 October 2014

Install REMI Repo in Centos 6.5

You may facing issue of missing remi.repo file when use the same way of remi installation in centos 6.4. Below are additional step you need to add to add the remi.repo file in Centos 6.5


1. wget http://rpms.famillecollet.com/enterprise/remi-release-6.rpm
2. rpm -Uvh remi-release-6.rpm

Monday 17 March 2014

Future Music Festival, bukit Jalil

Assalamualaikum readers..

Post kali ni bukanlah nak terangkan tentang future Music Festival. Aku pun tak tahu wujudnya Festival ni selama ni.
Aku cuma tahu bila terdengar tentang berita kematian yang berlaku pada konsert tersebut. Sangatlah terperanjat kerana ada konsert seperti ini di negara tercinta, Malaysia.

Beristighfar beberapa kali melihatkan cara pemakaian yang di pakai anak-anak muda ketika berada di konsert berkenaan. terdetik di hati bertanyakan, anak-anak Malaysia kita kah itu. Mengapakah di benarkan set pemakaian begitu di Malaysia ini.

Aku tak nak komen panjang tentang festival ini. Aku harap pihak-pihak berkepentingan dapat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Semoga menyedari ujian-ujian yang diturunkan ke atas bumi bertuah Malaysia ini antaranya:

1) Demam denggi meningkat
2) Suhu yang tinggi
3) Jerebu
4) Kehilangan MH370

Berita tentang kematian di konsert tersebut:


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia dipercayai sesak nafas dalam satu konsert Konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian malah memberitahu, lima lagi individu dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

P/S: Admin harap kepada yang menyebarkan gambar-gambar mangsa dengan aurat yang terdedah, hentikanlah..