Sunday, 20 October 2013

Grill kawasan putra perdana

Assalamualaikum.. Tinggal sebulan je lagi nak bertukar gelaran dari cik Syamimi ke Puan Syamimi..

Jadi, tinggal sebulan lagi, jadi aku dan En Amin sibuklah memikirkan persediaan rumah untuk kami duduk lepas nikah nanti.
Rumah dah ada.. Kami beli rumah kat taman putra perdana. Wahhhh.. kaya nya lah dah beli rumah.. ramai member cakap macam tu.. tapi kami dah kira-kira, harga sewa rumah tiap-tiap bulan sama macam kami bayar installment pada bank. Jadi daripada bayar rumah orang lain, jadi kami buat keputusan untuk membeli.. Rumah ni, rumah baru. Jadi grill, lampu, kipas semuanya tak ada.. tapi kami dah settlekan yang tu..

Sebenarnya dah sebulan cari-cari kedai grill ni. Selepas dapatkan nasihat dari kawan aku en Hidthir Abdullah yang dah memang duduk kawasan tu kesekian lamanya, maka kami survey beberapa kedai.

Tapi dalam semua kedai-kedai yang kami pergi, ada 1 kedai ni harga paling murah dan dia dah biasa buat grill kawasan putra perdana ni. kami panggil kedai ni kedai angah.


Kredit Gambar kepada my journey blog. Aku lupa nak tangkap gambar.

Layanan dari angah ni sangat lah baik. Dia bagi info-info yang sangat berguna untuk orang yang pertama kali buat perkhidmatan ni.

Kalau ada yang berminat nak buat grill kawasan putra perdana, boleh lah call nombor ni: Angah Grill: 013-2058857.
Kalau nak pergi kedai dia, kedai dia dekat deretan kedai pasaraya CS, kat kawasan pasar malam dan bazar ramadhan putra perdana.




1 comment:

ustaz omar said...

Salam.. Cne grill yg angah buat? Ok tak keja dia?