Tuesday, 20 April 2010

Perempuan jadi wali..

Akhbar hari ni:

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengemukakan permohonan memfarakkan pernikahannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membuat kejutan apabila mengaku perkahwinannya diwalikan kakak kandungnya yang menyamar sebagai ‘abang’.

Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
“Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan oleh kakak sulung saya itu. Perkahwinan kali kedua dengan suami sekarang pada 17 April 2004.
“Semua kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan oleh seorang jurunikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, tetapi saya tidak ingat namanya,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.

Nurul Farhana berkata, beliau sebelum ini tidak memaklumkan status wali kepada suaminya, Ahmad Salim Moideen, 30, kerana diugut akan dibuang keluarga jika mendedahkan perkara itu.

Katanya, kakaknya kini menghilangkan diri selepas Ahmad Salim mengetahui perkara sebenar.

Sementara itu, Ahmad Salim dalam keterangannya, berkata penampilan dan suara kakak iparnya, Nawi a/k Ilai yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu, memang seperti lelaki.
“Sebenarnya pada hari pernikahan, saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalannya tetapi jurunikah ketika itu meneruskan saja pernikahan.

“Jika saya tahu dia seorang wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu,” katanya yang hanya mengetahui status kakak iparnya pada 2008.

Mohd Yunus dalam keputusannya memerintahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta pasangan itu mencari imam masjid yang menikahkan mereka bagi memberi keterangan.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan kes itu.

Sumber: Berita Harian

nak kata pelik, x juga.. tapi agak pelik.. Mungkin pengantin tersebut2 benar-benar x tahu hukum.. tapi yang peliknya kenapa perlu menyamar jadi lelaki kalau x tahu hukum.. hurm.. dulu dengan kes jadi Imam, kini jadi wali.. Bersyukur la anda seorang perempuan.. Di jadikan istimewa dari tulang rusuk seorang lelaki.. kerap kali dilindungi..

Adakah anda ingin seperti ini?



nak kawen, jadi panggil perempuan jadi wali ye... Lelaki tu pemimpin, jadi mereka akan jadi wali..

-aku mahu kawen juga, hahaha- xmo pmpuan jadi wali..

9 comments:

Amin Jamain said...

post ko ari ni sbnr nye,nk brth yg ko sgt2 la gatal menggeletis nk kawin kn...xpe,aku memahami ko..

syamimi mokhtar said...

mne de........ haisyh,.. nnti la, smpi unimap aku pancitkan tayar kereta kau krne memfitnah aku.. ha... takut la tu.. :P

Amin Jamain said...

xde makna nye nk takut..aku ckp bend yg benar kn...sebenar2 kebenaran...ko 2 dh gatal mngenyam nak blaki..haha

syamimi mokhtar said...

ske ht la min... sekurg-kurgnye, aku ada tempat nak luahkan ape2..

Amin Jamain said...

amboi..perli aku ke ape..mentang la aku ni xde tempat nak mengadu kn...sape aku ni,mengharap kasih yg x tiba..

syamimi mokhtar said...

lor.. mne de aku perli.. btul la.. sekurg-kurgnye, bila ade suami @ psgn hidup nnti, blh share evrything kan.. nk ke mana2 pn lbih sng, org x berckp.. tp tggjwb sgt bsr..

Amin Jamain said...

ye la mimi,nk menangkn ko kn..aishhh

syamimi mokhtar said...

:P yeah yeah.. amin kalah..

Amin Jamain said...

kek coklat :( kek coklat :(