Listen for it

Monday 22 October 2012

Dugaan dan Ujian

salam... Kali ni memang sangat lama x update blog.. Ingatkan da nak berhenti berblogging.. Tapi entah kenapa hati ni nak update blog.. Sekarang, da kerja, dah hampir setahun pun.. Alhamdulillah.. Walaupun dah kerja, aku masih suka nak pergi segala majlis dan aktiviti Universiti. Jadi, Sabtu lepas, aku plan nak pergi festival konvokesyen UKM.. Saja jalan-jalan nak tengok gerai.. Sebab biasanya barang yang di jual murah-murah.. Tapi x ada gambar nak share disebabkan bateri Hp flat.. hurm.. Dugaan datang masa dalam perjalanan nak pergi UKM.. Gearbox kereta dah tak mampu bertahan.. Kesian pada encik abang dan kawan yang ikut.. Macam rasa down tapi cuba untuk happy sebab nampak encik abang da tension. Mungkin dia risau. Kereta sangkut lepas highway. Kami cuba cari surau terdekat memandangkan da masuk waktu Asar. Jadi, kalau ape-ape, dah bersolat. Mana lah kita nak tahu bila ajal akan datang. Kami berjaya sampai di Petronas dengan keadaan kereta yang sangat tidak mengizinkan ini. Di pendekkan cerita, kami jumpa bengkel terdekat dan keputusannya, kena tukar gearbox. Rasa nak terduduk. RM1.4k. Jadi buat keputusan untuk ambil lepas raya sebab dah hujung bulan.. Terasa patah kaki. Apa-apa pun, perlu yakin dengan janji Allah, pasti ade hikmah. Baik la Syamimi, x boleh sedih..

No comments: