Listen for it

Monday 21 October 2013

Insidious Chapter 1

Kat wayang sekarang ni tengah sibuk cerita insidious. Rupanya dah chapter 2.tak pernah plak aku tahu ada cerita insidious ni.

Jadi, sibuklah masing-masing mencari insidious chapter 1 ni. Nasib baik ade sorang member ni ada filem ni.

maka sabtu hari tu, aku pun tengok lah cerita insidious chapter 1 ni. Pada aku cerita ni x seram sangat, tapi masih mampu nak buat orang tak tidur malam. Jalan cerita dia pun menarik. Mula-mula tu agak perlahan, lebih kurang macam cerita conjuring. Tapi dah tengah-tengah tu dah ok.

Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah ke rumah baru.


Sepasang suamin isteri dan 3 orang anak. 2 lelaki dan seorang perempuan.

Suatu hari, anak lelaki dia yang dalam gambar kat atas ni terjatuh. Keesokkan paginya, masa ayah dia kejut untuk makan, dia x sedarkan diri. Jadi mereka syak ada sesuatu yang x kena. Tapi doktor x dapat sahkan kenapa anak dia x sedarkan diri. Dan dari situlah bermulanya jalan cerita yang menarik.




Sunday 20 October 2013

Grill kawasan putra perdana

Assalamualaikum.. Tinggal sebulan je lagi nak bertukar gelaran dari cik Syamimi ke Puan Syamimi..

Jadi, tinggal sebulan lagi, jadi aku dan En Amin sibuklah memikirkan persediaan rumah untuk kami duduk lepas nikah nanti.
Rumah dah ada.. Kami beli rumah kat taman putra perdana. Wahhhh.. kaya nya lah dah beli rumah.. ramai member cakap macam tu.. tapi kami dah kira-kira, harga sewa rumah tiap-tiap bulan sama macam kami bayar installment pada bank. Jadi daripada bayar rumah orang lain, jadi kami buat keputusan untuk membeli.. Rumah ni, rumah baru. Jadi grill, lampu, kipas semuanya tak ada.. tapi kami dah settlekan yang tu..

Sebenarnya dah sebulan cari-cari kedai grill ni. Selepas dapatkan nasihat dari kawan aku en Hidthir Abdullah yang dah memang duduk kawasan tu kesekian lamanya, maka kami survey beberapa kedai.

Tapi dalam semua kedai-kedai yang kami pergi, ada 1 kedai ni harga paling murah dan dia dah biasa buat grill kawasan putra perdana ni. kami panggil kedai ni kedai angah.


Kredit Gambar kepada my journey blog. Aku lupa nak tangkap gambar.

Layanan dari angah ni sangat lah baik. Dia bagi info-info yang sangat berguna untuk orang yang pertama kali buat perkhidmatan ni.

Kalau ada yang berminat nak buat grill kawasan putra perdana, boleh lah call nombor ni: Angah Grill: 013-2058857.
Kalau nak pergi kedai dia, kedai dia dekat deretan kedai pasaraya CS, kat kawasan pasar malam dan bazar ramadhan putra perdana.